Get update about job vacancy and education on our asia nanban

Sunday, January 8, 2017

BIASISWA FAIR & LOVELY 2017 UNTUK 40 MAHASISWI MALAYSIA.

Biasiswa Fair & Lovely 2017 – Fair & Lovely memberi inspirasi bagi wanita supaya menjadi lebih berdikari dan kini menawarkan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Biasiswa berjumlah RM200,000* ditawarkan oleh Fair & Lovely bertujuan membantu mahasiswi melanjutkan pengajian dan inilah langkah pertama bagi kaum wanita untuk mencapai impian mereka.

Kepada para mahasiswi di Malaysia, cabar dirimu! Ambil langkah pertama mencapai impianmu sekarang dengan memohon biasiswa di sini.

**Jumlah keseluruhan biasiswa yang akan dibahagikan kepada 40 penerima biasiswa. Tertakluk kepada Terma & Syarat.
TERMA DAN SYARAT
Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 kini dibuka untuk permohonan. Anugerah ini bertujuan untuk membangunkan bakat, menyediakan peluang pendidikan kepada wanita muda Malaysia yang mengikuti program Ijazah sajana muda di mana-mana universiti awam tempatan.
JURUSAN
Mana-mana bidang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti-Universiti Awam yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
PAKEJ ANUGERAH
Jumlah keseluruhan Anugerah bernilai RM200,000.00 akan dianugerahkan oleh Fair & Lovely kepada 40 orang warga siswi yang berjaya iaitu dermasiswa RM5,000.00 setiap seorang.
KELAYAKAN
  • Warga siswi dari universiti yang paling bersinar layak untuk menerima Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 (Pemohon dikehendaki untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat untuk Kempen Sinari Aspirasi terlebih dahulu).
  • Warga siswi yang berminat perlu memohon Biasiswa Fair & Lovely semasa atau selepas Tempoh Kempen SInari Aspirasi.
  • Para pemohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 adalah digalakkan untuk menyertai Kempen Sinari Aspirasi demi memastikan universiti mereka adalah yang paling bersinar.
  • Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 ini adalah terbuka kepada mana-mana mahasiswi yang memegang kad pengenalan yang sah dan berwarganegara Malaysia yang kini sedang menuntut di perigkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam tempatan.
  • Memperolehi keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan keputusan minima 3A atau Berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Matrikulasi/Diploma dengan keputusan minima PNGK 3.00.
  • Mendapat dan menerima tawaran secara rasmi memasuki mana-mana universiti awam tempatan untuk mengikuti program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sepenuh masa.
  • Tidak menjadi isu sekiranya pemohon kini telah menerima sebarang biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dan mendapat pengesahan daripada organisasi-organisasi tersebut sama ada pemohon dibenarkan untuk memohon anugerah ini atau sebaliknya.
  • Mesti menunjukkan keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan.
  • Boleh menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
  • Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
UNIVERSITI TERLIBAT
Berikut ialah universiti-universiti yang telah dipilih oleh Penganjur di mana warga siswinya layak untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely.
Universiti-universiti yang terlibat tidak mempunyai sebarang maklumat tentang Kempen ini melainkan yang mereka disenaraikan dalam senarai penerima biasiswa yang layak. Oleh itu sebarang pertanyaan atau komen tentang Kempen ini perlu diajukan kepada Penganjur dan/atau wakil-wakilnya sahaja. Pihak-pihak universiti tidak mempunyai kewajipan untuk melayan sebarang pertanyaan atau komen tentang Kempen ini.
Senarai universiti serta hashtag:
Nama UniversitiHashTag
Universiti Malaya (UM)#UM_FAL
Universiti Teknologi MARA (UiTM)#UITM_FAL
Universiti Sains Malaysia (USM)#USM_FAL
Universiti Putra Malaysia (UPM)#UPM_FAL
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)#UKM_FAL
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)#UTM_FAL
Universiti Utara Malaysia (UUM)#UUM_FAL
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)#UPSI_FAL
Universiti Malaysia Pahang (UMP)#UMP_FAL
Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS)#UNIMAS_FAL
Universiti Malaysia Sabah (UMS)#UMS_FAL
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)#UNISZA_FAL
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)#USIM_FAL
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)#UTHM_FAL
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)#UTEM_FAL
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)#UNIMAP_FAL
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)#UMK_FAL
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)#UPNM_FAL
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)#UMT_FAL
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)#UIAM_FAL
Permohonan Biasiswa Fair & Lovely
  1. Layari laman https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/
  2. Klik butang “Mohon Biasiswa”
  3. Klik butang “Sambung” untuk sambungkan ke akaun Facebook anda
  4. Isi dan lengkapkan borang permohonan online yang dipaparkan

Tarikh Tutup: 30 April 2017

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter