Permohonan Kolej Vokasional dan kemasukan Teknik sesi ambilan tahun 2017 ini sudah boleh dibuat secara online mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan Kolej Vokasional dan permohonan Teknik ini khusus kepada pelajar Tingkatan 3 lepasan Pentaksiran PT3 untuk kemasukan Tingkatan 4, Program Asas Vokasional (PAV), PBS yang berminat untuk memasuki teknik vokasional dan mengambil aliran kolej vokasional bagi menengah atas.
Pemohon boleh menyemak tarikh permohonan dibuka dan ditutup beserta info-info permohonan dan pendaftaran vokasional dan teknik menerusi maklumat di ruangan bawah ini.
Untuk makluman Permohonan KV dan SMT ini hendaklah dibuat berdasarkan aliran pelajar Tingkatan 3 itu sendiri.
Perkara | Butiran dan Pautan |
---|---|
Tarikh Permohonan KV dan SMT 2017 | Tarikh buka permohonan : 11 Oktober 2016 |
Permohonan ditutup | Tarikh tutup permohonan : 20 Disember 2016 |
Permohonan Kolej Vokasional KV dan SMT 2017 Secara Online | Untuk melayari borang permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik; >sila klik DI SINI |
- | Untuk melayari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia KPM; >boleh klik DI SINI |
- | Untuk melayari Portal Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional; >sila layari DI SINI |
Kategori | Informasi Cara Permohonan Vokasional Online |
---|---|
Aliran PAV (Program Asas Vokasional) | Permohonan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang mengikuti dan mengambil PAV |
- | Untuk mendapatkan syarat am untuk mengikuti Program Kemahiran Kolej Vokasional dan panduan am untuk mengisi borang permohonan; >sila klik DIS |
Aliran Perdana / Agama / Akademik | Permohonan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan |
- | Untuk mendapatkan syarat am untuk mengikuti Program Vokasional dan Sekolah Teknik dan cara-cara bagaimana mengisi borang permohonan; >sila klik DISINI |
- Setelah permohonan vokasional mengikut aliran pelajar telah dipilih, sistem permohonan boleh terus diakses dengan mengisi No IC pada ruangan yang diminta.
- Jika sistem tidak dapat diakses oleh pemohon, Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM hendaklah pihak berwajib kemaksini. Guru atau pihak sekolah mesti dimaklumkan berkenaan hal ini
Syarat Kemasukan Vokasional dan Sekolah Teknik |
---|
Pelajar hendaklah berwarganegara Malaysia |
Pemohon adalah pelaja Tingkatan 3 tahun 2015 |
Pemohon mesti sihat tubuh badan dan sesuai fizikal |
Pemohon tidak mempunyai penyakit kronik |
Soalan Umum Permohonan |
---|
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau sebarang kemusykilan berkenaan permohonan vokasional ini; anda boleh > klik DISINI. |
Bagi anda yang berminat untuk masuk dan daftar kolej vokasional bagi meneruskan pengajian menengah atas jika anda lebih menjurus kepada kemahiran dan praktikal. Kolej vokasional boleh mendidik dan memupuk anda untuk mengembangkan bakat anda dan seterusnya menjadi pekerja berkemahiran tinggi.
Manakala Sekolah Menengah Teknik pula pelajar akan diajar subjek-subjek kejuteraan khususnya, subjek teknikal seperti lukisan dan juga subjek-subjek sains tulen. Jadi, di sini anda sudah mempunyai asas sains dan kejuteraan bagi yang bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuteraan.
Akhir sekali, “tepuk data tanya selera” , terpulang kepada anda semua untuk memilih aliran yang mana hendak diambil membuat kajian kebaikan dan keburukannya.
No comments:
Write comments